STRATEGI #1 TEKNIK​ SURVEY SIMPLE YANG POWERFUL

Nama teknik survey ni ada macam-macam. Nak mudahkan anda faham dengan jelas, saya guna nama yang tak pelik.

Teknik Survey!

Dalam online marketing, survey bermaksud anda bertanya dulu kepada audience. Anda tanya sebab nak tukarkan audience ni jadi prospek. Dalam bahasa mudah, anda FILTER audience yang tak berminat vs yang berminat

Proses flownya begini:

1. Tanya kepada audience yang bercampur aduk ni. Audience ni mungkin ada yang tak berminat atau ada yang berminat

2. Dalam survey tu, anda kena maklumkan dengan jelas. Jika berminat, kena komen. Supaya anda tahu, inilah audience yang berminat. Sekarang, audience yang berminat tu dah jadi prospek. Biasanya saya target sekurangnya 3 orang komen. Kenapa 3 je? Cukup sekadar untuk lihat demand untuk produk yang nak dijual

3. Bila dah dapat komen, anda boleh terus PM kepada prospek ni. Terangkan dalam PM pula. Apa yang anda tawarkan sebenarnya. Jika prospek ni berminat, anda bagi nombor akaun untuk proses bayaran

…dan KACHING!

Target awal. Untuk anda balik modal dulu. Katalah anda ada keluarkan modal, jadi target untuk dapatkan balik modal tu. Jika anda dapat jual lebih, keuntungan tu simpan untuk anda expand bisnes digital anda ni. Jangan buat shopping dulu

Macam mana bentuk survey nak buat?

Contohnya macam dalam gambar kat bawah ni. Saya buat simple survey untuk dapatkan prospek yang berminat dengan produk baru saya nak jual. Saya post survey ni kat FB personal dan FB page

Anda boleh copy dan paste skrip ni untuk bermula:

“Nak tanya kawan saya kat Facebook ni. Ada tak yang berminat untuk miliki *1 KELEBIHAN PRODUK YANG PALING POWER*?

Berminat?

Komen SAYA NAK. Nanti saya share dalam PM”


PENTING!

Dalam teknik survey ni, anda tak perlu ceritakan dengan detail. Cukup dengan soalan macam di atas. Tak perlu masukkan nama produk, tak perlu bagitahu harga dan lain-lain

Skrip lain-lain yang boleh anda gunakan termasuklah…

“Siapa berminat nak [sebut solusi]…”

“Ada sesiapa yang ada [sebut masalah]…”

“Saya ada kawan yang berjaya [sebut kejayaan]”…

Akhiri skrip ini dengan…

Jika berminat, komen SAYA NAK

atau

Jika berminat, komen PM

Nanti saya share dalam PM

TEKNIK SURVEY NI MASIH BERKESAN KE?

Untuk makluman, saya dah amalkan teknik ni sejak 2010 hingga hari ini. Kenapa saya terus gunakan? Sebab ia memang berkesan. Malah, untuk produk international pun saya pernah gunakan satu ketika dahulu. DIJAMIN BERKESAN!

Lepas orang dah komen berminat…

Dalam PM, anda boleh bagi list ebook yang boleh dijual semula tu

“Salam hormat geng, terima kasih sebab komen dalam post saya pasal *PRODUK ANDA" yang boleh dijual semula tu. Kat bawah ni, adalah senarai *PRODUK ANDA* yang boleh dijual semula:

[letak senarai produk kat sini]

Setiap satu produk ini bernilai RMxx

Total koleksi produk ini bernilai RMxxx

Anda boleh jual semula satu per satu. Atau anda boleh jual semua sekaligus dalam 1 harga

Memandangkan anda, geng terawal yang komen dalam post saya tadi

Saya bagi OFFER GILA untuk anda miliki *PRODUK ANDA* ni untuk dijual semula

Cuma RMxx sahaja!

Untuk 10 geng terawal je tau ni

Berminat tak? Kalau serius berminat nak jadi yang terawal dapat offer ni, reply nak. Nanti saya bagi nombor akaun untuk tempahan”


Bila prospek ni reply nak, anda bagi nombor akaun anda untuk proses pembayaran

Lepas tu, anda boleh bagi link download kepada pembeli tersebut

Saya izinkan anda gunakan link download yang telah saya sediakan kepada anda sebelum ni. Bagi link download berikut kepada pembeli

COPY PASTE LINK DOWNLOAD: ​Link produk anda.

Kalau anda nak lebih mudah, wujudkan WEB JUALAN. Orang yang berminat, anda boleh terus bagi link web untuk mereka lihat tawaran anda.

Ok, jumpa dalam strategi jualan seterusnya

Salam kenal,
Shaiful Azhan